Followers

Tuesday, 7 June 2011

Pilihan Raya Masjid...?

Relevankah?
Kenapa harus diadakan pilihanraya...?
Adakah kaedah pemilihan jawatankuasa masjid secara mesyuarah selama ini sudah tidak sesuai digunapakai masa kini?
Sebelum ini para ahli jemaah masjid akan mengadakan mesyuarat bagi melantik AJK masjid. kehadiran tentunya dari geng surau. Mereka ini akan mencalonkan ahli yang hadir dan suara majoriti menentukan AJK yang dilantik. Dalam perlantikan ini (tanpa unsur politik), jarang sekali seseorang ahli jemaah mencalonkan diri sendiri untuk menjawat sebarang jawatan. Sebaliknya, jemaah akan mencadangkan nama yang difikirkan paling layak dan berkemampuan dikalangan mereka. Ini sedikit sebanyak menjauhkan ciri orang gila kuasa. Lebih-lebih lagi untuk memimpin sebuah institusi Islam setempat. Pemimpin yang baik, bukan setakat mesti baik, tetapi mesti nampak baik juga. 
Melihat perkembangan politik semasa, ramai menjangkakan perkara ini (pilihanraya masjid) bakal diresapi  unsur politik kepartian. Pastinya, ini akan dinafikan oleh pembawa idea berkenaan. Alasan ketelusan pemilihan, hak memilih ahli kariah, keterbukaan dll akan dijadikan sandaran merasionalkan cadangan ini.
Seterusnya, pilihanraya masjid BOLEH dan BAKAL menggalakkan perpecahan di kalangan ahli kariah. Ini jauh dari matlamat penubuhan masjid dan surau. Jika sebelum ini, wujud situasi solat dua imam, apa pula bila lebih banyak kem / kumpulan bertanding dalam pilihanraya ini. Situasi pasti lebih meruncing. Ini tentunya boleh terjadi apabila adanya peluang KEMPEN dan LAWAN untuk merebut jawatan dipertandingkan. Membayangkan isu yang bakal diguna sebagai bahan berkempen sudah cukup menakutkan...
Adakah selepas ini imam akan dipilih melalui kempen pilihanraya juga..? Mudahan dijauhkan ...fikirkan...

No comments:

Post a Comment