Makan Wida' @ Makan Walida' @ Makan Selamat untuk keberangkatan pergi bakal Haji. Majlis secara tradisi diadakan bagi meraikan dan mendoakan keselamatan pergi dan balik individu yang bakal menunaikan Fardhu Haji di Mekah.
Masih menjadi amalan orang ramai di Sarawak. Malahan ada yang menganggap makan wida' ini sebagai satu kemestian sebelum berangkat ke Tanah Suci. Padahal ini hanyalah sekadar kebiasaan orang dulu-dulu yang telah menjadi budaya masyarakat sejak sekian lama.
Dipercayai amalan ini bermula sejak datuk nenek kita dahulu yang mengerjakan ibadat haji dengan menggunakan kaedah kapal laut. Bayangkan, orang dulu-dulu untuk mengerjakan haji, tempoh masa yang diambil memakan masa berbulan-bulan kerana masa perjalanan melalui laut yang ditempuhi adalah amat panjang. Tidak hairanlah, sebelum berangkat ke Mekah, bakal haji dan ahli keluarga akan meraikan kepergian mereka dengan diadakan majlis keberangkatan tersebut.
Begitupun amalan ini masih diteruskan hingga hari ini. Tiada salah untuk meneruskan sesuatu yang baik. Semoga dengan ini, bakal haji dapat diraikan dan kita sama-sama mendoakan selamat perjalanan mereka pergi dan balik. Semoga dengan majlis ini juga, individu lain lebih berazam untuk menuruti jemaah melaksanakan kefardhuan rukun Islam ini.
No comments:
Post a Comment