Followers

Thursday, 9 June 2011

Petronas - Untung lebih RM90 Billion

Baca laporan di SINI
Petronas dilaporkan memperolehi laba keuntungan sejumlah RM90.5 billion bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Peningkatan 34.5% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan ini disumbang oleh pendapatan setahun sebanyak RM241.2 Billion. Mengikut laporan lagi, sebanyak RM30 Billion akan dibayar kepada pihak kerajaan sebagai dividen.
Penghargaan dan tahniah kita berikan kepada semua kakitangan GLC ini. Kita percaya kerana usaha keras dan kredibiliti mereka kejayaan (keuntungan besar) ini dapat dicapai.
Namun sebanyak mana keuntungan ini boleh dipulangkan kembali kepada rakyat awam yang lain?
Kita percaya keuntungan yang direkodkan telah mengambil kira gaji lumayan pelbagai peringkat kakitangan syarikat multinasional negara ini. Tentunya juga bonus dan pelbagai kemudahan kakitangan juga telah diserap dalam kos kendalian syarikat. Setelah ditolak semua (termasuk dividen kerajaan), ada lebih RM30 billion lagi keuntungan bersih yang dicatatkan.Hebat...
Sekadar berkongsi, tidak bolehkah keuntungan besar ini dikurangkan sedikit bagi memberi balik kepada rakyat awam yang lain. Keuntungan yang dicapai antaranya disumbang oleh peningkatan harga minyak dalam pasaran dunia. Apalah kiranya jika Petronas sudi menurunkan lagi harga untuk pasaran tempatan sahaja. Ini sama sekali pasti tidak akan merugikan GLC senaraian FORBES ini. Langkah ini, sebaliknya juga membantu kerajaan dalam proses Rasionalisasi Subsidi yang sering diwarkan dengan segala macam kebaikannya.

No comments:

Post a Comment